Love Been Taken
Disclaimer



Hey there . Here me Umy Shera . This is my official blog . Do follow me . xoxo
DO LOVE ME , FORGET ME NOT

Story Owner Linkies


Credits
Template by Nik Sheera
Cute header by Aliah
Blog owner: Ummi Shera
Best view: Google Chrome
Sahabat :)
Wednesday 30 April 2014 | 2:26 am | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Bila berbicara soal kawan. Mesti pelbagai kawan yang pernah kita jumpa kan?

Bila aku teringat tentang persahabatan. Amat pedih perit sakit sedih semua rasa. Aku mudah sangat percayakan orang. Maka macam macam jadilah. Difitnah dan seumpamanya sudah biasa. Sifat kesabaran aamat penting. Kadangkala kawan ni bila waktu susah baru nak terhegeh hegeh dengan kita. Minta simpati bagai. Bila senang? Lupa segalanya. Kita ni jenis kawan macam mana ea? Kenapa kita tergamak nak buat macam tu dengan kawan kita sedangkan kawan tu la yang selalu membantu kita waktu kita susah. Allahu.

Alhamdulillah. Aku bersyukur. Sepanjang kehidupan aku dibumi ini, walaupun perit mendapat kawan yang sedimikian akhirnya aku bertemu sahabat yang sebenar. Always ada dengan aku. Selalu bagi dorongan. Mengajak melakukan kebaikan. Itu baru di namakan sahabat.

Aku punyai dua sahabat yang mulanyaaaa jarang menegur dan tidak pernah kenal.

Sahabat yang pertama. Kenal dibangku sekolah menangah di SAMMPS. Anak ustazah dan anak penghulu sabak. Kami jarang bertegur, selisih pon buat donno sahaja. After PMR kami berpindah sekolah yang sama. Langsung tidak disangka kan hujung tahun 2012 kalau tidak silap, waktu tu kami baru mula rapat. Allah pertemukan aku seorang sahabat yang caring walaupun kerek haha tapi aku sangat bersyukur. Masuk 2013 kami bertambah rapat. Kongsi masalah sama sama, belajar sama sama, merempat di bilik prep sesama, dia tak jemu bagi nasihat dan dorongan terhadap diri ku. Waktu aku sakit, dia juga yang temani aku, bagi kata kata semangat, kawan yang lain juga sama aku bersyukur dapat kawan kawan di sekolah SEMAIAN. Ya Allah waktu tu baru aku dapat merasakan seorang sahabat. Rasa bersyukur tu tak terkata. Bertapa bersyukurnyaaaaa. Thanks Ya Allah :')

Sahabat yang kedua. Kenal dilaman sosial.Macam mana boleh rapat tu entah lupaaaa. Sebelum kenal, nampak sombong sekali dah kenal bercakap tak boleh nak berhenti. Umur muda setahun dari aku sahaja. Konon adik gitu haha tapi matang macam sebaya aku saje. Seorang yang periang. Amatlah caring budaknyaaaa. Kemana sahaja aku pergi aku akan ajak dia. Allah pertemukan sahabat seperti dia membuatkan hati aku gembira. Thanks Ya Allah :')

Ya Allah,
Terima kasih kerana telah pertemukan aku dengan dua sahabat aku yang baik, caring. Alhamdulillah syukur sangat. Aku berharap persahabatan kami bertiga till Jannah In Shaa Allah. Aku yakin dan aku percaya suatu hari nanti kami akan jadi seorang muslimah sejati In Shaa Allah Amin. Perlindungilah mereka daripada perkara negatif yang berlaku terhadap mereka. Aku sayang sangat sahabat aku. Matikan lah kami dalam Iman. Amin Ya Rabbal'Alamin.



Old things